Alumni KPTM dan UPTM merupakan sebahagian daripada keluarga besar GenMARA
Alumni KPTM dan UPTM merupakan sebahagian daripada keluarga besar GenMARA
Sejak tahun 1983, KPTMSB terus berkembang sebagai institusi pendidikan yang utuh dan relevan hingga kini. Menjelang usia 43 tahun, KPTM & UPTM telah melahirkan lebih 140,000 alumni dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian, merangkumi program menengah, asasi, sijil, pradiploma, diploma, ijazah, pascasiswazah termasuk doktor falsafah, serta pengajian profesional.
Perjalanan ini mencerminkan legasi pendidikan yang merentas generasi, membina masa depan dan melahirkan insan yang menyumbang kepada masyarakat serta negara.
Majlis ini bakal menghimpunkan 600 alumni daripada pelbagai generasi, menyusuri perjalanan institusi dari era MARA Community College (MCC), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) hingga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) hari ini.
Pertemuan penuh nostalgia ini menjadi ruang untuk mengimbau kenangan, mengeratkan silaturahim dan meraikan kejayaan bersama.
Bersama kita menyatukan generasi, meraikan legasi dan mencipta kenangan baharu.